| dc.description.abstract |
Sektor peiancongan merupakan salah satu sektor yang penting bagi sesebuah negara.
Negara yang mampu mengekalkan pembangunan sektor pelancongan yang berterusan
dan mapan secara tidak langsung dapat memajukan sektcr ekonomi di negara tersebut
dengan peningkatan hasil melalui kemajuan dalam sektor pelancongan. Justeru, kajian
ini merupakan kaedah perancangan bagi pengekalan pembangunan pelancongan.
Kajian dilakukan di Pantai Kemasik, Terengganu. Fokus utama adalah untuk melihat
sejauh mana kepuasan pelancong terhadap kemudahan yang disediakan di kawasan
pantai berkenaan. Data yang digunakan adalah data primer yang diperolehi meialui hasil
soal selidik ke atas seratus orang responden. Melalui hasil soal selidik, komen dan
bentuk perancangan yang diberikan oleh responden dianalisis bagi menunjukkan sejauh
mana bentuk perancangan tersebut mampu mengekalkan aktiviti pelancongan di
kawasan kajian. Analisis data yang dibuat adalah menggunakan kaedah analisis
deskriptif dan juga analisis regrasi. Hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa
pembolehubah yang terlibat adalah signifikan yang menunjukkan bahawa wujud
hubungan di_ antara pembolehubah bersandar dan juga pemboJehubah bebas. Secara
tidak langsung, kaedah bagi pengekalan pembangunan pelancongan ini bukan sahaja
boleh dipraktikkan di Pantai Kemasik, Terengganu sahaja malahan juga di seluruh
kawasan pelancongan di Malaysia amnya. |
en_US |