| dc.description.abstract |
Kajian yang bertajuk Analisis Penyertaan Wanita Berkahwin dalam Sektor Pekerjaan
bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor pendorong penyertaan wanita berkahwin
dalam sektor pekerjaan. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk melihat kesan
penyertaan wanita berkahwin dan penyertaan wanita yang belum berkahwin dalam
sektor pekerjaan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kajian lepas oleh
Kwabena A.Anaman dan Hartinie M.Kassim (2005) mendapati umur, taraf pekerjaan
dan tahap pendidikan signifikan terhadap penglibatan tenaga buruh wanita berkahwin
dan belum berkahwin dalam pasaran buruh, Penyertaan tenaga buruh wanita berkahwin
lebih cenderung daripada wanita belum berkahwin dalam sektor pekerjaan dan faktor
faktor pendorong tenaga buruh wanita berkahwin dalam sektor pekerjaan adalah
pendapatan suami, pengalaman bekerja, tahap pendidikan, dan umur. Kajian oleh Lim
Hock Earn, Zalina Mohd Mohaideen dan Norehan Abdullah (2003) mendapati
pembolehubah agama tidak signifikan terhadap kebarangkalian bekerja wanita
berkahwin di negeri Kedah. Selain itu, kajian oleh Lim Hock Earn dan Zalina Mohd
Mohaideen (2003) mendapati bahawa kesan sut bilangan anak ke atas penyertaan
tenaga buruh wanita berkahwin berbeza mengikut peringkat umur. Oleh itu objektif
kajian ini terbahagi kepada dua iaitu mengkaji faktor pendorong penyertaan wanita
berkahwin dalam sektor pekerjaan dan menganalisis penyertaan wanita yang belum
berkahwin serta kesannya terhadap pembangunan ekonomi. Kaedah soal selidik telah
dijalankan kepada 100 orang wanita berkahwin sebagai responden di negeri Johor.
Selain itu data sekunder yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia juga
digunakan dalam kajian ini. Data yang telah dikumpulkan akan dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package For The School Science (SPSS). Kajian ini juga
menggunakan Model Binary Logistik dan Model Regrasi. Hasil kajian yang diperolehi
melalui Model Binary Logistik hubungan signifikan antara penyertaan wanita berkahwin
dengan pekerjaan. Manakala hubungan yang tidak signifikan antara penyertaan wanita
berkahwin dengan taraf perkahwinan, tahap pendidikan, tempat tinggal, pendapatan
suami yang rendah, bilangan anak, sebab penyertaan wanita dan bilangan isi rumah.
Manakala hasil kajian melalui Model Regrasi penyertaan wanita yang belum berkahwin
dengan penyertaan wanita berkahwin mempunyai hubungan yang kuat dengan
Keluaran Dalam Negara Kasar. Kesimpulannya pelbagai langkah-langkah telah
dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan. Kerajaan
merangka strategi-strategi yang khusus bagi menggalakkan wanita melibatkan diri
dalam sektor pekerjaan selaras dengan negara yang melangkah ke fasa baru
pembangunan bagi menjadi negara maju menjelang tahun 2020. |
en_US |