Abstract:
Terdapat banyak bank-bank pelaburan di seluruh dunia ini dan bank pelaburan
mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ekonomi negara. Malaysia mempunyai
lima belas bank pelaburan yang telah berdaftar. Untuk mengukur dan membandingkan
prestasi bank-bank pelabuhan, jumlah aset yang terdapat di laporan tahunan digunakan.
Antara aset- asset adalah dana jangka pendek, wang pinjaman dan pembiayaan, cukai
dipulihkan, simpanan wajib dengan Bank Negara Malaysia ,wang tunai dan sebagainya.
Dalam kajian ini, beberapa jenis aset dipilih untuk membandingkan manakah jenis aset
yang paling mempengaruhi prestasi bank pelaburan di bank pelaburan Malaysia.
Analisis regresi digunakan untuk mengkaji mana satu pembolehubah bebas paling
mempengaruhi dengan prestasi bank pelaburan. Akhirnya, pembolehubah pinjaman dan
wang ,dan dana jangka pendek adalah sangat berkaitan dengan jumlah aset bank
pelaburan CIMB manakala pembolehubah deposit wajib dengan Bank Negara Malaysia,
dana jangka pendek mempunyai hubungan yang kuat dengan jumlah aset bank
pelaburan RHB.