Abstract:
Pulau Kukup adalah ekosistem yang mempunyai pelbagai nilai termasuk nilai
biologi, estetika, budaya, ekologi dan sebagainya. Kepenting:m Pulau Kukup
dapat diterjemahkan melalui empat fungsi iaitu fungsi perlindungan, fungsi
habitat, fungsi maklumat dan fungsi pengaturan. Sumber alam semulajadi
adalah sukar untuk diberi nilai dari sudut kewangan berikutan nilai ini tidak
dimasukkan ke dalam pengiraan harga pasaran. Ketiadaan nilai pasaran
menyebabkan pembentukan dasar terhadap pemuliharaan dan pelindungan
sumber pulau menjadi sukar. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan
menilai ekonomi pelancongan di Pulau Kukup dan kesanggupan membayar
(WTP) pengguna yang melawati T aman Negara Johar Pulau Kukup.
Teknik penilaian secara tidak langsung digunakan sebagai asas
pengukuran alam sekitar iaitu melalui penganggaran nilai kesanggupan
membayar pengguna (WTP) atau lebihan pengguna (CS) terhadap
penggunaan sumber Pulau Kukup dengan menggunakan kaedah kos
perjalanan individu (ITCM). Sebanyak 106 soal selidik telah diedar kepada
responden untuk mendapatkan maklumat kos perjalanan, faktor demografi,
faktor motivasi dan ciri-ciri kawasan bagi peJancongan pulau. Model kajian ini
dianalisis dengan menggunakan fungsi Double Log dan dianggarkan melalui
kaedah penganggaran kuasa dua terkecil (OLS) dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS).
Keputusan kajian menunjukkan nilai lebihan pengguna adalah
sebanyak RM 193 bagi setiap kunjungan dan dapat dirumuskan jumrah
kebajikan sosial adalah sebanyak RM 3.39 juta setahun. Kajian ini mendapati
aktiviti rekreasi dan pelancongan di Pulau Kukup mempunyai nilai yang agak
tinggi. Secara kesimpulannya, faedah bersih yang diperolehi dapat digunakan
sebagai garis panduan bagi perletakan dan penggunaan sumber Pulau Kukup
bagi mencapai pengurusan pulau secara mapan.