DSpace Repository

Penilaian ekonomi pelancongan di Taman Negara Johor Pulau Kukup, Pontian, Johor

Show simple item record

dc.contributor.author Siti Hajar Hussein
dc.date.accessioned 2018-11-18T03:52:34Z
dc.date.available 2018-11-18T03:52:34Z
dc.date.issued 2011
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9973
dc.description.abstract Pulau Kukup adalah ekosistem yang mempunyai pelbagai nilai termasuk nilai biologi, estetika, budaya, ekologi dan sebagainya. Kepenting:m Pulau Kukup dapat diterjemahkan melalui empat fungsi iaitu fungsi perlindungan, fungsi habitat, fungsi maklumat dan fungsi pengaturan. Sumber alam semulajadi adalah sukar untuk diberi nilai dari sudut kewangan berikutan nilai ini tidak dimasukkan ke dalam pengiraan harga pasaran. Ketiadaan nilai pasaran menyebabkan pembentukan dasar terhadap pemuliharaan dan pelindungan sumber pulau menjadi sukar. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan menilai ekonomi pelancongan di Pulau Kukup dan kesanggupan membayar (WTP) pengguna yang melawati T aman Negara Johar Pulau Kukup. Teknik penilaian secara tidak langsung digunakan sebagai asas pengukuran alam sekitar iaitu melalui penganggaran nilai kesanggupan membayar pengguna (WTP) atau lebihan pengguna (CS) terhadap penggunaan sumber Pulau Kukup dengan menggunakan kaedah kos perjalanan individu (ITCM). Sebanyak 106 soal selidik telah diedar kepada responden untuk mendapatkan maklumat kos perjalanan, faktor demografi, faktor motivasi dan ciri-ciri kawasan bagi peJancongan pulau. Model kajian ini dianalisis dengan menggunakan fungsi Double Log dan dianggarkan melalui kaedah penganggaran kuasa dua terkecil (OLS) dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Keputusan kajian menunjukkan nilai lebihan pengguna adalah sebanyak RM 193 bagi setiap kunjungan dan dapat dirumuskan jumrah kebajikan sosial adalah sebanyak RM 3.39 juta setahun. Kajian ini mendapati aktiviti rekreasi dan pelancongan di Pulau Kukup mempunyai nilai yang agak tinggi. Secara kesimpulannya, faedah bersih yang diperolehi dapat digunakan sebagai garis panduan bagi perletakan dan penggunaan sumber Pulau Kukup bagi mencapai pengurusan pulau secara mapan. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LP 50 FPE 1 2011 en_US
dc.subject Siti Hajar Hussein en_US
dc.title Penilaian ekonomi pelancongan di Taman Negara Johor Pulau Kukup, Pontian, Johor en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account