| dc.description.abstract |
Getah merupakan komoditi pertanian yang banyak memberi sumbangan dari
segi hasil, peluang pekerjaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
negara. Satu kajian dilakukan untuk melihat kecekapan input produk getah.
Satu model dibentuk dan berasaskan data 1975 sehingga 2009, didapati
penggunaan input keluasan kawasan tanah dan jumlah pekerja masih belum
mencapai tahap optimum. Di mana, keluasan kawasan tanah kos sut adalah
lebih besar daripada hasil sut, bagi jumlah pekerja pula hasil sut melebihi kos
sut. Bagi mencapai tahap optimum, keluasan kawasan tanah perlu
dikurangkan manakala jumlah buruh pula perlu ditambah. Hasil kajian ini juga
mendapati bentuk pengeluaran getah adalah skala pulangan menurun,
dimana 1 peratus pertambahan dalam sumber input getah, pertambahan
getah akan bertambah sebanyak 0.8693. Dengan hal yang demikian,
beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan kualiti input
antaranya adalah mempertingkatkan penggunaan teknologi baru oleh sektor
peladang dan pekebun kecil, mempertingkatkan kualiti pokok getah melalui
sistem pembajaan pokok yang teratur dan baja yang berkualiti. Serta
mempertingkatkan kecekapan dari segi penggunaan buruh dalam sektor
getah di Malaysia. |
en_US |