Abstract:
Penggunaan buruh asing semakin meningkat disebabkan oleh perkembangan ekonomi
yang semakin pesat. Di samping itu, permintaan terhadap buruh asing turut meningkat di
kalangan majikan mungkin disebabkan oleh faktor upah. Kemasuk.an buruh asing ke
dalam negara kita memberi impak yang eesar terhadap sektor-sektor ekonomi iaitu sektor
primer, sekunder dan tertier serta memberi kesan kepada perkembangan output negara.
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan di antara penggunaan buruh asing
dan pertumbuhan output mengikut sektor-sektor ekonomi di Malaysia. Data berbentuk
siri masa bagi tempoh 1989-2008 digunakan. Kesemua data ini akan dilog sebelum
melalui ujian kepegunan yang melibatkan ujian Augmented Dickey-Fuller (ADF) dan
Phillip-Perron (PP). Seterusnya ujian Degrasi Augmented Engle-Granger (Toda
Yamamoto) dilakukan. Kedua-dua ujian ini dilakukan untuk memilih modal yang terbaik.
Akhirnya ujian Wald (MWALD) dijalankan untuk menguji hipotesis sama ada diterima
atau sebaliknya. Penemuan kajian jelas menunjukkan bahawa penggunaan buruh lebih
signifikan dalam sektor sekunder dan sektor tertier berbanding sektor primer kerana
dominasi sektor primer sebelum 70-an telah berakhir dan negara lebih fokus kepada
sektor yang boleh memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan negara iaitu sektor
perkilangan dan sektor perkhidmatan tanpa mengabaikan sumbangan sektor primer yang
terdiri daripada sektor pertanian dan sektor perlombongan. Peralihan ini didorong oleh
perubahan teknologi dunia. Sebagai negara sedang membangun, Malaysia tetap waspada
dengan perkembangan antarabangsa untuk menyaingi dan mencapai status negara maju
menjelang tahun 2020.