Abstract:
Sektor pembangunan kewangan memainkan peranan sebagai satu sektor strategik
dengan penggembleng dana bagi pelaburan. Tujuan kajian ini adalah untuk
menganalisis kesan pembangunan sektor kewangan terhadap pertumbuhan ekonomi
di Malaysia. Penggunaan perisian Microfit for windows 4. 1 digunakan bagi analisis
data. Model autoregressive distributed lag (ADRL) dengan pendekatan Bound test
telah diaplikasi untuk menyemak kointergrasi antara pembolehubah. Hasil kajian ini
didapati pembangunan kewangan kointegrasi dengan pertumbuhan ekonomi di
Malaysia. Model autoregressive distributed lag (ADRL) dengan pendekatan Bound
test telah diaplikasi untuk menyemak kointergrasi antara pembolehubah.
Berdasarkan ujian kointergrasi dan model pembetulan ralat, kajian ini menunjukkan
pembangunan kewangan (M3/GDP) signifikan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi
secara positif dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Grangerkausaliti
berdasarkan vector error correction model (VECM) diaplikasi bagi
menganalisis hubungan antara pembangunan kewangan dan pertumbuhan ekonomi.
Kajian ini menyokong hubungan dwi-hala antara pembangunan kewangan dengan
pertumbuhan ekonomi. Malaysia adalah negara sedang membangun yang sesuai
untuk kajian kesan pembangunan sektor kewangan terhadap pertumbuhan ekonomi
kerana memiliki sejarah reformasi yang mencukupi, serangkaian program
pembangunan sistem kewangan telah dijalankan sejak tahun 1970. Kajian ini akan
menjadi panduan dan perintis dalam pembangunan kewangan, mengatasi krisis
ekonomi dan krisis kewangan pada masa akan datang.