Abstract:
Analisis peranan Takaful Malaysia adalah untuk melihat reaksi dan sumbangannya dalam
ekonomi pembangunan dengan mengandaikannya sebagai instrumen pelaburan yang penting di
Malaysia pada masa akan datang. Dalam kajian ini, skop keseluruhan adalah bertumpu kepada
analisis pendapatan Takaful Malaysia bagi rnelihat adakah ia dapat membentuk satu sistem
kewangan Islam yang efisien, progresif dan lengkap yang mana ia dapat memberi sumbangan
bermakna kepada kecekapan dan keberkesanan sektor kewangan Malaysia di samping memenuhi
keperluan ekonomi negara. Analisis dijalankan dengan menggunakan model kajian regrasi
berganda di rnana terdapat beberapa pembolehubah tidak bersandar seperti KDNK, kadar bunga,
intlasi, tabungan dan saham. Keputusan kajian mendapati bahawa, sebanyak 92 peratus daripada
pendapatan Takaful Malaysia dipengaruhi oleh pembolehubah tidak bersandar. Keputusan
menunjukkan bahawa, perubahan turun naik dalam kesemua pembolehubah tidak bersandar
berikut memberi kesan yang besar terhadap peningkatan atau penurunan pendapatan Takaful
Malaysia. Oleh itu, asas prasarana kewangan harus diperkukuhkan bagi rnenyokong
perkembangan operasi Takaful Malaysia yang dirancangkan agar tidak merencatkan
pertumbuhan ekonomi Malaysia. Landskap industri Takaful Malaysia pada tahun ini dijangka
akan terbentuk seiring dengan perbankan dan insurans konvensional j ika pihak tertentu yang
melibatkan diri dengan sektor industri ini memberikan komitmen yang tinggi dalarn sistem
pengurusannya.