| dc.description.abstract |
Kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan dinamik antara kemapanan
ekonomi, pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik di
Malaysia selama tempoh 1990 hingga 2009. Sebagai langkah pertama, ujian
kepegunan diuji untuk mengenal pasti kepegunan data siri masa tersebut.
Ujian kepegunan membuktikan ke semua pemboleh ubah pegun pada aras
/(1 ). Maka, kajian ini menggunakan ujian Engle-Granger dan ko-integrasi
Johansen-Juselius untuk menguji hubungan jangka panjang. Memandangkan
wujudnya hubungan jangka panjang sesama pemboleh ubah, maka model
pembetulan ralat (VECM) diaplikasikan bagi mengenalpasti hubungan jangka
masa pendek dan tahap penyelarasan. Hasil keputusan kajian menunjukkan
bahawa KDNK, FDI dan DOI mempunyai hubungan integrasi dalam jangka
panjang dan ujian penyebab-Granger menunjukkan hubungan sehala di
antara KDNK dan DOI. |
en_US |