| dc.description.abstract |
Kajian ini mengkaji tentang kegiatan eksport dan import serta kesannya kepada
pertumbuhan ekonomi di Negara-negara Asia terpilih bagi tempoh 1975 sehingga 2008.
Eksport merujuk kepada aktiviti pertukaran barangan atau perkhidmatan dari sebuah
negara ke negara lain. Manakala kegiatan import pula merujuk kepada sesuatu barang
atau perkhidmatan yang dibawa dari negara lain ke dalam negara tersebut. Bagi
sesebuah negara, kegiatan eksport memandu kepada KDNK bagi negara tersebut.
KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barang dan perkhidmatan terakhir
yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu. la juga mengambil kira
jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barang dan
perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan
diberi dalam nilai wang. Matlamat kajian ini ialah untuk menganalisis tren kegiatan
eksport dan import, hubungan antara eksport dan import serta pertumbuhan eksport
kepada KDNK bagi negara-negara terpilih di Asia. Skop kajian ini tertumpu kepada
kegiatan eksport dan import bagi negara-negara terpilih di Asia bagi tempoh 30 tahun
iaitu dari tahun 1975 sehingga 2005. Antara negara-negara Asia yang terlibat dalam
kajian ini ialah Armenia, Azerbajian, Bangladesh, Bhutan, Bahrain, Cambodia, China
(Hong Kong), China (Macao), Fiji, India, Indonesia, Iran, Israel, Korea, Japan, Jordan,
Kazakhtan, Kuwait, Mongolia, Myanmar, Malaysia, Nepal, Oman, Pakistan, Papua New
Guinea, Filipina, Qatar, Rusia, Sri Lanka, Arab Saudi, Turki, Thailand dan Vietnam.
Kajian ini mengunakan data sekunder yang terdiri daripada data kegiatan eksport,
import dan pertumbuhan ekonomi bagi negara-negara Asia terpilih sepanjang 30 tahun
iaitu dari tahun 1975 sehingga 2008 yang diperolehi daripada Bank Dunia. Analisis data
yang digunakan adalah deskriptif, ujian punca unit (kepengunan data), ujian kointegrasi
panel Pedroni, ujian VEC dan ujian kointegrasi Johansen-Fisher iaitu untuk menguji
hubungan jangka panjang dan jangka pendek bagi setiap pemboleh ubah eksport,
import dan pertumbuhan ekonomi. Hasil kajian menunjukkan negara seperti
Bangladesh, Arab Saudi, Sri Lanka, Republik Arab Syria dan Thailand mempunyai
hubungan jangka panjang manakala negara-negara lain hanya mempunyai hubungan
jangka pendek. Ujian penyebab Granger pula diaplikasikan untuk mengkaji arah
hubungan bagi setiap pemboleh ubah tersebut. Hasil dapatan diperoleh menunjukkan
eksport memberi kesan posif kepada pertumbuhan ekonomi dalam satu hala sahaja.
Manakala eksport dan import mempunyai kesan penyebab dua hala. |
en_US |