Abstract:
Dalam usaha negara untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020
pastl akan tercapal sekiranya semua plhak sallng membantu antara satu
sama lain tanpa mengira bangsa mahupun agama. Hal in kerana perpaduan
antara semua kaum dapat menjamin negara maju. Seisin itu juga,
peningkatan dalam sektor-sektor perkhidmatan serta sektor lain yang
menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar serta dapat
meningkatkan pendapatan perkapita penduduk. Salah satu sektor yang dapat
menjana pendapatan kepada negara pada masa akan datang ialah sektor
perikanan yang banyak menyumbang kepda peningkatan pendapatan
penduduk terutamanya bagi penduduk di kawasan luar bandar dan penduduk
pesisir pantai. Untuk tujuan penambahbaikan sektor perikanan, kerajaan telah
menjalankan pelbagai altenatif untuk menarik lebih ramai penduduk
menceburi bidang ini. Antara langkah kerajaan untuk meningkatkan lagi
pertumbuhan produktiviti dalam sektor perikanan di malaysia ialah dengan
cara meningkatkan teknologi iaitu menaiktaraf bot-bot nelayan serta
pemberian subsidi kepada nelayan megikut negeri di Malaysia agar tidak
akan berlaku pengagihan yang sama. Sekiranya nelayan pada masa dahulu
hanya menggunakan pukat-pukat biasa untuk menangkap ikan, namun kini,
pihak kerajaan telah mempelbagaikan jenis pukat iaitu terdiri daripada pukat
tunda, jentera laut dalam, jentera sangkut dan tidak berjentera. Jentera taut
dalam pula dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut enjin bot iaitu
Gross Registered Tonnage (GRT). Tujuan utama kerajaan menjalankan
pembaharuan dalam sektor perikanan ialah untuk mengukur tahap produktivlti
yang dapat dicapai dalam sektor ini. Antara faktor-faktor yang menyumbang
kepada pertumbuhan produktiviti faktor secara menyeluruh ialah peningkatan
teknologi, kecekapan teknikal serta pembentukan modal insan. Kaedah yang
digunakan untuk mengukur pertumbuhan produktiviti dalam sektor perikanan
ialah Analisis Pembatasan Stokastik.