Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara pembolehubah yang akan
mempengaruhi permindahan terknologi di kalangan pekebun kecil getah dengan
menggunakan data siri masa iaitu perangkaan utama pengeluaran estet dan
pekebun kecil dari tahun 1998 hingga 2008 yang diperolehi daripada Lembaga
Getah Malaysia. Kaedah ekonometrik diaplikasikan dalam kajian ini yang terdiri
daripada ujian regrasi, korelasi,deksriptif,log perubahan harga dan lain-lain. Dapatan
kajian menunjukkan perubahan harga, permintaan eksport dan penawaran memberi
hubungan yang positif di mana peningkatan dalam harga dan permintaan ekport
akan mempengaruhi penawaran getah yang seterusnya mempengaruhi usaha
kerajaan untuk melakukan permindahan teknologi ekoran daripada pengurangan
saiz ladang dan bilangan buruh. Namun penggunan teknologi di kalangan pekebun
kecil masih lagi di tahap yang rendah akibat daripada kekurangan maklumat dan
sikap pekebun itu sendiri. Penemuan kajian ini memberi implikasi penting kepada
kerajaan Malaysia dalam mengatur strategi yang lebih proaktif dan telus untuk
memastikan matlamat kerajaan tercapai.