Abstract:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah
ekonomi yang mempengaruhi output sektor pembuatan di Malaysia. Tempoh kajian
ini adalah meliputi tahun 1980 sehingga tahun 2007. Dalam kajian ini telah
mengunakan dua pembolehubah bebas iaitu meliputi pelaburan langsung asing dan
juga pelaburan modal manusia. Menerusi kajian ini juga telah membincangkan
sejauhmana kesan pelaburan langsung asing dan prestasi pelaburan modal manusia
terhadap output sektor pembuatan di Malaysia. Menerusi kajian ini juga, perisian
komputer SAS telah digunakan bagi mengetahui hubungan setiap pembolehubah
yang telah dikenalpasti. Kajian ini telah menggunakan spesifikasi model yang
melibatkan pengujian ciri statistik, pengujian ciri ekonomi dan juga pengujian ciri
ekonometrik. Pengujian ciri statistik adalah untuk melihat R2
, ujian t dan ujian F.
Manakala bagi ciri ekonomi pula telah ditentukan teori ekonomi yang berasaskan
kepada pembolehubah bersandar dan juga pembolehubah tidak bersandar. Selain
itu, bagi ciri ekonometrik pula adalah merujuk kepada samada andaian yang
digunakan dalam sesuatu pengganggaran telah memenuhi kehendak teori
ekonometrik atau tidak. Penemuan kajian telah mendapati bahawa kedua-dua
pembolehubah bebas tersebut telah mempunyai hubungan positif serta
mempengaruhi output sektor pembuatan di Malaysia.