DSpace Repository

Kecekapan pengurusan institusi zakat terpilih di Malaysia

Show simple item record

dc.contributor.author Siti Nurul'ain Mohd Najib
dc.date.accessioned 2018-11-18T04:10:12Z
dc.date.available 2018-11-18T04:10:12Z
dc.date.issued 2011
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9992
dc.description.abstract Zakat merupakan pembayaran atau pemberian benda yang bernilai seperti wang ataupun harta benda mengikut kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Pungutan Zakat yang wajib dibayar oleh individu yang beragama Islam yang cukup syarat-syaratnya. Di Malaysia, terdapat sembilan jenis zakat dan diantaranya ialah zakat fitrah, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat emas dan perak, zakat padi, zakat ternakan dan zakat KWSP. Pada tahun 1997, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah mewajibkan zakat pendapatan yang telah diklasifikasikan sebagai harta yang diikhtilaf. lnstitusi zakat pula merupakan perantaraan diantara penerima zakat dengan pembayar zakat yang telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Malaysia bagi . memudahkan para pembayar menunaikan tangungjawab mereka sebagai umat Islam. Terdapat sembilan golongan asnaf yang layak menerima agihan zakat. Agihan zakat diberi melalui institusi-institusi zakat negeri kepada golongan yang disenaraikan layak. Kecekapan zakat dan hasil kajian menunjukkan jumlah kutipan dan agihan yang hampir sama yang membawa maksud agihan dapat diberi kepada golongan yang sepatutnya dan semakin ramai golongan yang layak dicari, semakin tinggi agihan zakat di istitusi zakat tersebut. Perkembangan hasil kutipan mesti seiringan dengan jumlah agihan. Pemboleh ubah yang digunakan di dalam kajian ini ialah penggunaan input seperti data kutipan zakat dan output seperti agihan zakat. Perisian yang digunakan di dalam mengkaji kecekapan zakat ialah Kaedah Penyampulan Data (DEA). en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Siti Nurul'ain Mohd Najib en_US
dc.subject LOCAL CALL NO LP 51 FPE 1 2011 en_US
dc.title Kecekapan pengurusan institusi zakat terpilih di Malaysia en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account