Abstract:
Kajian ini menunjukkan nilai bukan gunaan secara langsung dan kos pemuliharaan
hutan paya bakau di Tanah Bencah Setiu Wetland. Aktiviti manusia yang dijalan tidak
terkawal akan menjadi masalah yang rumit di masa hadapan disebabkan penduduk
persekitaran tidak mengetahui betapa bernilainya hutan paya bakau. Sumber hutan
paya bakau yang terjejas dan sukar dijumpai munking akan lenyap dari muka bumi
akibat dari kegiatan yang tidak terkawal dan kos pemuliharaan di masa hadapan
akan meningkat tanpa adanya langkah-langkah pengawalan pemuliharaan sekarang.
Kaedah Penilaian Kontigensi (CVM) digunakan untuk menentukan nilai bukan
gunaan bagi Setiu Wetland dan anggaran nilai ekonomi bukan gunaan SW di Daerah
Setiu. Hasil keputusan 200 orang responden yang disoal selidik secara individu
digunakan dalam kajian ini menyatakan, purata nilai kesanggupan membayar adalah
sebanyak RM8.40 seorang setahun. Keputusan ini menunjukkan penduduk di
Daerah Setiu menyedari tentang betapa pentingnya pemuliharaan Setiu Wetland
kerana ia merupakan salah satu usaha memuliharakan alam sekitar secara amnya.