Abstract:
Kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat merupakan faktor utama dalam
mempengaruhi tindakbalas pasaran saham di Malaysia. Kajian impirikal ini
bertujuan untuk mengesan kesan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat
terhadap prestasi Bursa Saham Malaysia iaitu dari menggunakan data dari
tahun 1990 hingga 2005. Data yang digunakan adalah data siri masa, yang
akan di analisis menggunakan Model Regrasi Linear, Ujian Kointegrasi dan
Vector Auto Regression bagi membuktikan objektif yang telah dirangka.
Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan jangka panjang di antara
pembolehubah bersandar dengan pembolehubah bebas.