Abstract:
Perbelanjaan kerajaan adalah salah satu pembolehubah penting dalam mengenal
pasti bajet fiskal negara. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan
antara pemboleh ubah fiskal iaitu perbelanjaan kerajaan dengan hasil cukai. Kajian
ini menilai jangka pendek dan jangka panjang hubungan bersebab di antara
perbelanjaan kerajaan dan hasil cukai bagi data siri Malaysia menggunakan masa
untuk sepanjang tempoh 1970-2009. Kajian ini menggunakan teknik ekonometrik siri
seperti ujian Johansen, VECM dan ujian sebab menyebab Granger untuk
menentukan integrasi dinamik antara kedua-dua pembolehubah yang digunakan
dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa, ada sebab dan akibat jangka
panjang dan jangka pendek dan wujud hubungan arah satu hala. Secara
keseluruhan, dapatan utama kajian empirik ini menunjukkan bahawa hasil cukai
adalah satu faktor penting yang mempengaruhi prestasi ekonomi Malaysia dan
kestabilan fiskal dalam akhir 3 dekad.