| dc.description.abstract |
Di Malaysia, sistem perbankan Islam telah menawarkan perkhidmatan
deposit dengan kadar pulangan nominal. Bagi permintaan deposit terbahagi kepada
deposit simpanan {OS) dan deposit pelaburan {DP). Manakala bagi kadar pulangan
deposit terbahagi kepada kadar pulangan deposit pelaburan {KPDP) dan kadar
pulangan deposit simpanan {KPDS). Di dalam kajian ini terdapat tiga objektif iaitu
menganalisis permintaan deposit yang berbeza dalam sesebuah institusi perbankan
Islam Malaysia. Objektif kedua ··pula, mengenalpasti kesan pembolehubah makro
kepada permintaan deposit perbankan Islam Malaysia dan objektif terakhir adalah
mengkaji hubungan antara kadar pulangan deposit dengan permintaan deposit
sistem perbankan Islam. Malaysia. Kajian ini menggunakan tiga jenis sampel data
sekunder yang diperolehi daripada Bank Negara Malaysia {BNM). Bagi sampel
pertama, data permintaan deposit dengan kadar pulangan nominal pada bulan
Disember 2005 hingga November 2008 iaitu bagi Bank Islam, Bank Perdagangan
dan Bank Pelaburan. Sampel yang kedua pula adalah bulan Disember 2005 hingga
Januari 2008 iaitu bagi Syarikat Kewangan digabungkan dengan Bank Perdagangan
dan sampel yang terakhir adalah bulan Disember 2005 hingga Februari 2010 iaitu
diantara Bank Islam dan Skim Perbankan Islam. |
en_US |