Abstract:
Sektor perikanan di Malaysia adalah satu penyumbang yang terbesar kepada
pertumbuhan KDNK negara pada masa kini. Sumbangan fungsi pengeluaran dalam
pengurusan sumber perikanan adalah penting dalam sektor perikanan kerana ia
merupakan sumber makanan dan sunber bagi membolehkan ia terus bersaing di
pasaran global. Kemajuan teknologi adalah penting bagi sektor ini bagi
meningkatkan lagi pengeluaran dan mengukuhkan prestasi sektor ini. Kajian ini
bertujuan untuk menganalisis fungsi pengeluaran dalam pengurusan sumber
perikanan di Malaysia untuk tempoh masa kajian dari tahun 1976 hingga 2008
dengan tiga jenis bot yang berbeza bagi setiap tahun. Bagi mencapai objektif kajian
ini, teknik pengeluaran translog melalui kaedah analisis pengeluaran dengan
pembatasan stokastik menggunakan program MICROFIT. Data yang diperolehi diuji
dengan menggunakan ujian kepegunan Univariate, Multivariate dan Phillip Perron.
Ujian Granger dijalankan untuk melihat hubungan antara pembolehubah dan turut
dijalankan ujian punca unit Augmented Dickey-Fuller. Secara keseluruhan hasil yang
diperolehi daripada kajian ini menunjukkan bahawa vesel enjin dalam dan vesel
enjin sangkut mempengaruhi pengeluaran perikanan secara positif. lni bermakna
peningkatan bagi hasil vesel enjin sangkut akan menyebabkan peningkatan
pengeluaran perikanan dan sebaliknya. Begitu juga apabila vesel enjin sangkut
berlaku peningkatan turut menyebabkan pengeluaran perikanan meningkat dan
sebaliknya.