Abstract:
Topik berkaitan hasil, perbelanjaan dan pertumbuhan ekonomi merupakan topik yang
penting dalam ekonomi awam. Dalam kajian ini menekankan kajian bagi mengkaji
hubungan yang wujud diantara hasil, perbelanjaan terhadap pertumbuhan ekonomi.
Hasil merupakan salah satu komponen dalam belanjawan setiap negara. Hasil
merangkumi hasil cukai, cukai tak langsung dan hasil bukan hasil cukai. Hasil
merupakan salah satu sumber utama kepada sesebuah negara. Bagi perbelanjaan pula,
ia merupakan salah satu aktiviti yang dikendalikan oleh pihak atasan bagi mengubah
keadaan ekonomi bertambah baik. Manakala Pertumbuhan ekonomi diertikan sebagai
proses peningkatan output per kapita dalam jangka panjang. Kajian adalah dengan
menggunakan data negara-negara Asia yang terpilih bagi tempoh masa 40 tahun iaitu
daripada tahun 1970 sehingga 2009. Kaedah yang digunakan adalah dengan pengujian
kesan model tetap dan kesan model rawak. Hasil dapatan kajian yang diperolehi adalah
wujud hubungan yang negatif bagi pembolehubah hasil dan perbelanjaan terhadap
pertumbuhan ekonomi bagi kesan model tetap. Manakala bagi kesan model rawak,
keputusan yang diperolehi adalah hasil yang menunjukkan hubungan positif dan
perbelanjaan mempunyai hubungan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi.